About Me

My photo
Allah is my priority. Family always in my heart. محمد الحنفي love me..! (larikk..) :-p

Thursday, December 27, 2012

"Bridemaids"

Lebih 4 bulan dah bergelar tunangan, rasa macam baru semalam bertunang. Alhamdulillah everything going smoothly even ada jugak dugaan-dugaan malah lebih hebat dari dugaan zaman couple dulu.
This is not my tunang tp Mr Photographer on that day.
Perkara yang mungkin bermain-main difikiran bakal-bakal pengantin atau dari pihak mata yang memandang tentang isu 'bridemaids'. Perlu ker? Tak rasa membazir or tak penting kot? Its actually depand on bride tu sendiri la samada nak or tak. For me, bukan nak mengikut gaya orang barat, trend or else tapi i just nk semua kawan-kawan yang rapat ada sama melalui detik-detik bersejarah in my life ni. Kalau sebelum ni susah senang sama-sama waktu belajar dulu why not waktu happy ni pun kita share sama-sama kn? Saja nak kasi my sayang tu semua amik feel dup dap dup dap tu jugak. :-p

Oleh kerana itu, alang-alang Jakel sedang promosi YES  material baju for my 'bridemaids' selamat di 'grab' kan. Tunggu next month baru nak post kat sayang-sayang semua yang ada di utara, selatan, timur dan barat Malaysia. InsyaAllah 10 orang akan berkongsi debaran itu nanti.

TEASER : for my Bridemaids
TEASER : my sketch (bhgn. kain)
Cukup teaser shj kalau lebih-lebih nanti hilang pulak seri :-p Joke~
Semua ni hanya perancangan, mudah-mudahan semuanya berjalan lancar. In Sya Allah ...

For B2B, kalau ada any idea kita boleh share jgn la malu-malu ye :-)



Thursday, December 13, 2012

Save the date :-)

Ok...now i getting cemas olss! Why?? the date has been set!!! Before this just cakap-cakap gitu jer  tapi masih belum finalise.  10/12 lepas family tunang datang set up tarikh. Alhamdulillah segalnya berjalan lancar. Bila dah tetap tarikh ni serba serbi mula fikir sebab dah ada matlamat. Kurang lebih 5 bulan jer tinggal and semua persiapan kena buat dalam waktu yang singkat bilamana tunang pulak just available dua minggu jer every month. Jerawat pulak mula la menggatal nak naik sekarang ni. Urghh...

Thursday, October 4, 2012

Engagement Review : Hantarans II

Sorry, hantaran from other side to me tak ada dan tak sempat nak capture satu-satu (Ini kena marahkan photographer nih! :-p)

Fully mand made by his mother, touching :-( 

Rombongan sampai terus set hantaran depan pelamin



List of Hantaran for me :

Kain pasang
Set alat solek
Set wangian
Telekung solat
Buah-buahan
Cokelat
Manisan
Kuih-muih
Kek

dan etc yang mana tuan empunya pun tak sempat nak tengok sebab habis kena kebas masuk dalam perut rakyat jelata..huhu

Engagement review : Album

Finally i just received my engagement photobook a couple days ago..keep smiling :-)
Published with Blogger-droid v2.0.8

Wednesday, October 3, 2012

1 Preparation

over a week ago done bought our material for solemnization..Ngeeee..early preparation yawyyy :-P
isi nyer?? suprise...hehe
Published with Blogger-droid v2.0.8

Tuesday, September 25, 2012

For bride in 2013 for sure :-)

Salam sisters, untuk memberi kelainan daripada majlis perkahwinan di tahun 2013 sila pilih dress untuk big day anda, trust me pls! :-p
Contoh dress
Dress sesuai untuk semua bentuk badan tak kira tinggi atau rendah tapi kita perlu bijak pilih design yang sesuai dengan tubuh sendiri.

Kebaya atau kurung dah biasa sangat dah orang pakai, tapi kalau nak pakai jugak boleh jer just cari cutting moden sket :-)
Hasil cuci-cuci mata~  putih-dress : peach-kurung moden lebih modern :-p
Sangat berkenan yg biru tu tapi apa daya, dah buat theme bertunang dulu :-(
Lagi cuci mata @ next boutique, banyak pilihan dress. I like :-)


Tak mustahil i'll be in one of this dress on my big day next year :-p
Pilihan nikah tetap kurung,dah siap beli kain dah pun (excited giler:-p), dont worry, i tak lupa daratan..hehe ~

Good Luck sis!

Sunday, September 23, 2012

Engagement Review : Hantarans

<3 For me to him <3
Sireh Junjung
Al-Quran terjemahan
Towel "Selamat Bertunang"
Kain Pasang for Baju Melayu
Sejadah
Set barangan kulit (Belt,Wallet,Pen)
Set Perfume
Mobile Phone
Manisan
Manisan
Cookies
Buah
Cup cake @ kek cawan :-p
Kek
Cincin

Monday, September 17, 2012

Petua mudah naikkan seri pengantin


#Amalkan semoleknyer 6 bulan sebelum majlis :-)
Elakkan terkena cahaya matahari secara lansung/terus kuatir kulit menjadi gelap dan kusam.
Kurangkan makeup tebal.
Banyakkan senyum dan berfikiran positif. :-)
Rawatan khusus di SPA untuk bakal pengantin (include mandi bunga) .

#Pemilihan busana
Pilih warna baju nikah/sanding yang bersesuaian dengan kulit.
Perincian busana jangan terlalu sarat sehingga menenggelamkan seri wajah.

#Sebelum memulakan makeup pengantin,
Jangan mencukur kening untuk mengelakkan air muka berubah.
Pastikan kulit muka telah dibersihkan dan dikeringkan daripada sebarang kekotoran.
Sembur muka dengan penyegar untuk memberikan kelembapan semulajadi kepada kulit muka dan untuk mendapatkan kesan makeup yang terbaik pada hari bersejarah anda.

ORANG TUA-TUA CAKAP JANGAN JUMPA BAKAL SUAMI KERAP-KERAP SANGAT TIME NAK DEKAT NIKAH.HIHIHI....reason? buat-buat tak paham :-p #nak jumpa jugak...hahaha...

Boleh jugak amalkan petua ni :-)
Selamat mencuba B2B sekelian. Jadilah wanita yang paling jelita dihari persandingan anda and the most important is wanita terindah di mata suami sendiri. winkk :-)

Friday, September 7, 2012

Wanna be B2B blog writer :-)

Alhamdulillah ..... hampir setengah bulan menjadi tunangan orang. Actually tak rasa sangat sebab seminggu after majlis hari tu terus tunang balik Terengganu. Jumpa pun sekali jer after that ceremony and now, i missed him badly. Kerja dua minggu direct, bukan i boleh contect dia pun tapi syukur sebab hampir tiap-tiap hari dia akan call so terubat la sikit apa-apa yang sakit tu kan?ngeee..

Istiadat merisik selamat dijalankan, adat bertunang pun sempurna sudah ..now, i'm officially B2B :-)
Elok sangat rasanya kalau entry blog lepas ni banyak berkaitan B2B . HEYY, 'Bride to Be' !!! Tapi its quite confiusing nak start dari mana ?

Nowadays, DIY sangat menjadi pilihan bakal-bakal pengantin. Selain mendapat hasil seperti yang diimpikan ia turut mempunyai nilai sentimental yang tinggi apabila hampir semua persiapan mendapat sentuhan tangan sendiri. Disamping itu kos dapat dikurangkan (serius i kena belajar berjimat..huhu) . Hantaran bertunang hari tu memang gubah sendiri tapi barang-barang beli so tak jadi DIY la gitu.. :-(

DIY   =   DO IT YOURSELF

Sebenarnya malas nak mengarang ni tapi dapat semangat dan inspirasi lepas member invited me kat group B2B kat FB . Sangat teruja ! :-)

So, upcoming entry will review about B2B. Stay tuned :-p
(bajet ramai orang baca blog ni?)

Loved this portrait ! more @  http://fadzliphotostream.blogspot.com/2012/09/engagement-jie-hanafi.html 




Wednesday, August 29, 2012

Engagement review : The preparation

Seperti yang dijanjikan, bermula sudah sesi mengupdate ala-ala macam excited tak habis-habis lagi tentang my engagement day. Huhu. Kalau ada yang rasa nak muntah baik hilangkan diri cepat-cepat. :-p

Love this part of my pelamin. Sweet.
For sure all girl nak yang terbaik untuk hari bahagia masing-masing kan? Tak kira la engagement, nikah ataupun kenduri mesti nak dijadikan kenangan yang terindah untuk dikenang sepanjang hidup. So, as a first step jom la kita create pelamin mengikut citarasa masing-masing. Cari wedding planner then bagitahu diorang apa yang kita nak. Ingat, apa yang kita nak tau! Bukan apa yang diorang nak! Tu untuk senang kerja diorg, erm..

Sis Arfah  & partner
<---The making of pelamin.
by Akasia-Wedding-Planner

Who yang stay area Kepala Batas, Pulau Pinang boleh la aim this boutique

Tapi kalau still nak their service even jauh dari sini boleh jugak just diorg akan charge transport :-)












Taraaa....siap sudah pelamin. Sangat-sangat suka, even simple but less is more :-)

Oleh sebab buat a day before so kain kat belakang tu kena ikat dulu sebab takot terbalik kena tiup dengan angin.

Reason buat pelamin luar rumah?
Bukan niat nak show off or whatever cuma biar semua orang puas hati dapat tengok majlis sarung cincin. Kalau buat kat dalam mungkin tak semua dapat masuk rumah sebab ruang agak terhad and pencahayaan/pengudaraan pun tak best sangat.

Okey, dah siap bab pelamin. Let's move on to khemah pulak.

behind the scenes
My dad, paksu, bro IL and sorang pakcik wakil dari masjid jadi orang kuat disebalik pembikinan khemah
Done and this on that day~
Oleh sebab dah ada garaj kereta so, pasang khemah satu sudah..... 
Nak kasi jemputan semua selesa tak perlu nak berhimpit-himpit dalam rumah yang sekangkang kera tu.

Now, masuk side dalam rumah. Assalamualaikummmm.....


Sengaja melapangkan ruang tamu atas sebab mudah untuk dua belah family berkumpul untuk adat perbincangan.

Sebelah pagi ada majlis tahlil dan bacaan yassin jadi inilah keadaan yang paling sesuai :-p

Goodies for orang tahlil dan bacaan yassin (dalam tu i letak yassin & sapu tangan as souvenir)




Goodies for ahli rombongan pihak lelaki (dalam tu ada bunga sabun & kipas tangan)
Tapi agak terkilan juga sebab waktu rombongan dah masuk dalam kereta nak balik baru teringat goodies tak bagi lagi. Adoiiii.....padahal dah pesan kat kazen-kazen yang kecik2 tu suruh edarkan. Huk3~



Walaubagaimanapun, Alhamdulillah..lepas jer rombongan balik memang hati lega sangat sebab majlis semua berjalan lancar walaupun ada sikit-sikit yang tak betul tu its normal for me.
Tak de maknanyer sponser. Semua ni duit duit duit duit...huk3






Sebenarnya pada mulanya bukan veil ni yang jadi pilihan. Untuk veil i pilih nak pakai layah yang material daripada kain jojet ataupun sifon sebab nak match dengan baju. Material baju dah berkerawang so tak nak la veil pun berkerawang. Semakk. Tapi oleh sebab Jalinan Kasih bagi veil yang salah so i cari yang lain from again Akasia-Wedding-Planner . Walaupun tak dapat seperti yang nak tapi yang ni kira ok la sebab kerawangnyer tak semak sangat. :-)



Mak su sangat pakar dalam buat sireh junjun and my bunga tangan also make by maksu. Itu pun last minit sebab tiba-tiba tukar plan tak nak pakai  bunga artifical  :-p





This preparation betul start masa bulan 4, mean 4 months before.... Ala, tempah baju la..mesti la kena awal sikit. 
Yang lain-lain ni mula start beli barang lepas habis my final exam kalau tak silap 24 Jun 2012 beli bekas hantaran kat Alor Star :-)

Okey, mula gementar menanti hai kejadian..huhuhu :-p

Sunday, August 26, 2012

Girl Talk part 2 :-p



Alhamdulillah....almost  4 months back struggled for our this meaningful event finally its done.  Terima kasih kepada semua yang terlibat secara lansung atau pun tak. Kalau nak mention satu per satu memang kena buat dua tiga entri untuk ucapan selamat ja. :-p Ramai yang komen dah macam kenduri kawen. Orang datang ramai sangat, mujur khemah boleh muat and makanan pun mencukupi. Alhamdulillah semua dengan izin Allah SWT.

What the point here????? :-p :-p :-p
 Yea, we finally engaged!!!
 
Later akan buat review satu persatu about preparation, hantarans :-p , perjalanan majlis dan etc. Kalau rajin nanti nak jugak share tips regarding engagement so kawan-kawan yang nak bertunang kelak boleh refer sikit-sikit :-)

For now, ini saje dulu :-p







 What i'm feeling right now???

Hard to believe that i'm officially someone fiance :-p

Wednesday, August 8, 2012

Girl Talk part 1

Oleh kerana mood hari ini agak-agak macam bagus jer kan sebab nak raya dah... :-p so, here i share (REPOST) something about one of our meaningfull and blessfull day... :-)

Something about love~
Yeah...its a merisik day!! :-)
 The rombongan came to my house around lepas Asar. In a santai-santai style so the merisik pun berlaku :-p
Love this tiramisu :-)
When sarung-menyarung dijalankan. For me, its a sign of blessfull from both side :-)
Buah tangan.. Actually, my side ada balas dengan caramel cake tapi tak ingat nak snap la pulak :-(
Our love...before licin kena serbu!




His family (the father and his two daughter while the mother sibuk sembang-sembang lagi :-p)
What are you watching actually? Tv or the buah tangan? :-p



 
Me, when my abang snap secara drastik...beginilah mukanya..burok belaka....kui8




















Anak buah kesayangan yang penat melayan tetamu. Unfortunately, they cant be at my engagement day soon :-(

Alhamdulillah....everything run smoothly. Both side agreed dengan jodoh ini. InsyaAllah :-)

I'll be the best for him...my future :-)
HANAFI + JIE