About Me

My photo
Allah is my priority. Family always in my heart. محمد الحنفي love me..! (larikk..) :-p

Wednesday, October 9, 2013

Cerita Kawen!

Haishhh.....dua bulan jugak la terperap entri ni dalam draf. Sampai semangat pun dah tak ada sebenarnya nak update cerita basi ni. Hehe...

Ambik tengok gambar jer lah kenangan majlis Nikah (24.5.2013) , Resepsi  (25.5.2013) & Bertandang (26.5.2013) . Event 3 hari berturutan memang sangat penat tapi sekali seumur hidup so enjoy :-)


Antara 3 hari penting ni hari Nikah la yang paling bermakna, paling dupdapdupdap walaupun muka nampak cool jer. Haha, tapi yang pastinya si suami ni la pengantin paling serius yang penah dilihat sepanjang 24 tahun hidup ni... :-p





Oleh kerana terdapat masalah teknikal makanya,  kami selamat bergelar suami isteri dengan dua kali lafaz di nikahkan sendiri oleh ayah. Alhamdulillah.. 
Lucu bila jurunikah tu cakap 'haaa...dah halal dah, nak buat apa pun tak apa' . Malu kot depan orang ramai tengah pasang telinga :-p

























Oleh kerana kami tau tenaga kena simpan untuk majlis esok dan lusa so kitaorang decided buat outdoor kat pengkarangan rumah jer. Huhu..

Mula la takot masuk dalam semakkkk. Nak bergambar pun cepat2 jer sebab risau buah kelapa gugur atas kepala. :-p



Suami dan Isteri. Yeayy! :-)
_______________________________________________________________________________

Majlis side perempuan diadakan di Dewan SMK Bertam Indah. Alhamdulillah dalam keadaan cuaca yang baik.

meriah dengan kedatangan saudara mara dan kawan-kawan yang tersangatlah ramai sampai kena review gambar sebab tak ingat siapa yang datang dan takot terlepas pandang nak ucap terima kasih :-)































Outdoor***

_______________________________________________________________________________

Majlis side lelaki pulak bertempat di Dewan Kondominium Mutiara Bandar Baru Perda. Ramai juga yang datang sampai pengantin kena urut tumit la malam tu banyak berjalan punya pasal..hihi..































Entah lah, tak tawu nk cerita apa sebab dah dekat 5 bulan kawen. Banyak benda dah lupa padahal dulu berkobar nak tulis...hehe.

Thanks kepada semua yang sudi hadir majlis kami yang datang dari jauh, yang susah payah kasi hadiah pulak. Semoga Tuhan merahmati kita disepanjang usia. In shaa Allah.


Makeup resepsi perempuan :  Syarifah Nadia Al Jufri (freelance make up artist) 
( https://www.facebook.com/pages/Syarifah-Nadia-Al-Jufri-freelance-make-up-artist/234459366614543?directed_target_id=0 )

Makeup bertandang : Jumie Samsudin 
 (https://www.facebook.com/jumiessfan?directed_target_id=0)

Official photographer : Fadzli Fuzi PhotographyUbai ismail Photography 
(https://www.facebook.com/fadzlifuzi?ref=br_tf) (https://www.facebook.com/pages/Ubai-ismail-Photography/296291790404268)

Bridal : AKASIA WEDDING PLANNER
https://www.facebook.com/pages/Akasia-Wedding-Planner/185002488182419)